Proses gali semula selesai, jenazah Syamsul Haris dibawa ke HKL

4 days ago 9
Naran Singh (kiri) ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih hari ini.
  • Oleh NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL
  • 29 Ogos 2025, 10:23 am

SEMENYIH – Proses gali semula kubur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, di sini selesai dijalankan kira-kira pukul 9 padi tadi selepas hampir 30 minit operasi dilakukan pihak berkuasa.

Kerja-kerja ekskavasi yang bermula seawal pukul 8.45 pagi itu disertai pasukan forensik, polis, peguam, ibu Allahyarham serta wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jenazah Syamsul Haris kemudian dibawa menaiki ambulans Polid Diraja Malaysia (PDRM) keluar dari pekarangan tanah perkuburan pada pukul 9.37 pagi menuju Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |