Penjenayah bertopi keledar pecah rumah diburu

2 hours ago 2
Tangkap layar rakaman video CCTV kejadian pecah rumah di Taman Baiduri, Banting, Selangor baru-baru ini
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 18 Oktober 2025, 5:17 pm

KUALA LANGAT – Polis sedang memburu seorang penjenayah bertopi keledar, berpakaian gelap, bertopi dan bersarung tangan yang tular memecah masuk sebuah rumah di Taman Baiduri, Banting di sini kira-kira pukul 6 pagi, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa tempatan berusia 53 tahun kira-kira pukul 7.40 pagi.

“Pengadu terkejut melihat barangan di tingkat bawah rumah berselerak. Mangsa mendapati wang dalam almari di ruang tamu lesap. Semakan televisyen litar tertutup (CCTV)  mendapati seorang lelaki masuk ke kediamannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Akmalrizal berkata, orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |