PETALING JAYA – “Pukul 4 pagi, mak cik tudung hijau (mak cik sapu) itu sibuk mengalih pasu saya.”
Itu dakwaan seorang wanita yang tampil mempertahankan ‘jiran dari neraka’ selepas rakaman tular memaparkan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral jirannya.
Menurut perkongsian pengguna TikTok @is8idfckno_ atau dikenali sebagai Abel, mendakwa pernah menjadi mangsa keluarga tersebut sebelum berpindah kerana tidak tahan dengan perangai mereka (mak cik ‘sapu’).
Pendedahan bekas jiran itu menimbulkan persoalan baharu apabila mendakwa ‘jiran dari neraka’ sebenar ialah mak cik ‘sapu’ bersama rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) miliknya.
“Malas nak tunjuk banyak, tapi perangai dia memang tak pernah berubah. Saya pernah kena dulu, sebab itu saya tahu.
“Kalau tak letak pasu dan tong sampah depan rumah, memang tak dapat parkir depan rumah sendiri,” katanya dalam hantaran di TikTok.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi tular semalam memaparkan seorang wanita menyimbah air sabun ke kereta mendakwa jirannya sering membuang sampah busuk dan air kotor di hadapan rumah setiap pagi.
Jelasnya, keluarga berkenaan kerap menimbulkan masalah di kawasan kejiranan itu sehingga laporan polis turut dilakukan sebelum ini.
Rakaman lain turut menunjukkan keluarga itu sering mengalihkan tong sampah dan pasu jiran demi memberi ruang parkir kereta kepada anak-anaknya.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mula meragui cerita asal keluarga tersebut dan bersimpati terhadap jiran yang difitnah.
“Maksudnya mak cik ‘sapu’ ini asalnya nak fitnah makcik baju merah. Rupanya mereka yang teraniaya,” komen @AzlAhm222
“Anak-anak makcik tudung hijau mesti menyesal sekarang. Ingatkan dapat simpati netizen, rupanya terbuka aib sendiri,” tulis pengguna, Shafiqah.
“Patutlah anak dia dah padam video. Rupanya mak dia pun perangai boleh tahan,” komen pengguna lain, @Dieaaaa – KOSMO! ONLINE
@is8idfckno_ Replying to @Qie ♬ original sound – Abel