PRN Johor: Saya ke Bukit Gambir esok umum calon PH – Anwar

10 hours ago 8
Pengumuman calon PH akan dibuat di Padang Bukit Gambir Extreme Park pada pukul 8 malam, esok.
  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 21 Jun 2026, 2:45 pm

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke Bukit Gambir esok bagi mengumumkan barisan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

​Menerusi hantaran di platform media sosial beliau, Perdana Menteri itu berkata pengumuman tersebut akan dibuat di Padang Bukit Gambir Extreme Park, pukul 8 malam.

“Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran tersebut.

​Beliau turut menyeru orang ramai serta para penyokong untuk hadir beramai-ramai memberikan sokongan padu, sekali gus memulakan langkah menuju kemenangan pada PRN kali ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |