JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) menyeru agar rakyat Johor memberi peluang kepada parti itu untuk mentadbir negeri ini setelah berjaya melakukan tugas dengan baik selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun hanya mentadbir Johor selama 22 bulan, banyak kemajuan yang telah dilakukan oleh PH Johor.
Dzulkefly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, kerajaan negeri melaksanakan tugas dengan baik mentadbir Johor khususnya agenda perumahan.
“Amanah dan PH ada idea untuk mentadbir, walaupun tempoh 22 bulan, tapi kita melakukan tugas dengan baik.
“Dalam aspek agenda perumahan, kita menghapuskan Kuota Menegak Kerajaan dan menyediakan rumah untuk golongan M40 menerusi Rumah Mampu Biaya Johor. Itu contoh kita mempunyai idea, kemampuan dan visi sekiranya diberi mandat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Johor (Zon Selatan) di Taman Universiti, di sini malam ini.
Turut hadir Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat.
Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setelah penggal berakhir April tahun depan.
Jelasnya, ini kerana kerajaan Johor yang diterajui BN mempunyai kuasa majoriti dua pertiga dan tiada isu berkenaan ketidakstabilan politik.
“UMNO menang 40 daripada 56 kerusi DUN dan takde usaha tebuk atap, kenapa mahu dibubarkan DUN, sepatutnya (penggal) habis pada April tahun depan, ada 11 bulan lagi tempoh.
“Kita tidak persoal daripada segi perundangan tapi daripada segi keperluan BN untuk dapat mandat baru daripada rakyat,”katanya. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3

![[VIDEO] Pelajar jatuh bangunan: Mangsa minta ke tandas sebelum ditemui maut](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-19-at-9.25.01-PM.jpeg)














































![[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.47.35-PM.jpeg)