PRK Ayer Kuning: Penyokong ‘kena sidai’, calon PN tak jadi ‘live’

4 days ago 11
  • Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
  • 22 April 2025, 8:48 am
MAKLUMAN poster sesi live tawaran Muhaimin dan penangguhannya dalam media sosial. - Foto MEDIA SOSIAL

TAPAH – Penyokong dan pengundi calon Perikatan Nasional (PN), Abd. Muhaimin Malek pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kecewa apabila tiada sesi siaran langsung pembentangan tawaran (manifesto) melalui akaun peribadi Facebook dan TikToknya.

Tinjauan mendapati, pengguna media sosial telah menunggu sesi itu yang dijadualkan pada pukul 10 malam semalam namun notis penangguhan hanya dinyatakan pukul 2 pagi tadi.

Difahamkan, alasan yang diberikan kerana kepadatan jadual calon selain masalah teknikal.

Bagaimanapun menerusi akaun Facebook beliau, sesi pengumuman penuh tawarannya untuk PRK DUN Ayer Kuning akan disiarkan secara rakaman pada pukul 8 pagi ini disusuli sidang media harian pada pukul 10.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |