Anggota bomba memantau Sg. Kinta di Ipoh, hari ini. - Foto IHSAN JBPM
- Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
- 17 Februari 2026, 6:16 pm
IPOH – Hujan berterusan di negeri ini serta bencana banjir menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Kampung Tengku Hussein Manjoi di Ipoh bermula pukul 5 petang, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori berkata, PPS itu dibuka kerana terdapat 10 keluarga yang merangkumi 26 orang mangsa yang tidak dapat memasuki kediaman masing-masing.
Hujan lebat sejak semalam di Ipoh menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air punca berlakunya banjir kilat selain kenaikan paras sungai utama. – KOSMO! ONLINE

3 months ago
125
















![[VIDEO] MB Negeri Sembilan umum bubar DUN berkuat kuasa 5 Jun](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-04-at-23.44.18.jpeg)




























