Alzafny Ahmad ditemani Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Negeri Sembilan di Taman Kasturi, Gemencheh, hari ini. Foto NOR AINNA HAMZAH
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 1 November 2025, 3:31 pm
TAMPIN – Polis Negeri Sembilan menerusi Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) akan meningkatkan lagi kekerapan melawat sekolah di negeri ini terutamanya bagi sekolah-sekolah yang dilihat mempunyai ‘masalah’.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lawatan berkenaan bukan lagi hanya mendekati guru disiplin atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), namun polis akan mendekati pelajar-pelajar itu sendiri.
“Sebelum ini, lawatan dibuat sekali dalam tempoh sebulan. Sekarang ini, saya menetapkan kewajiban melawat setiap dua minggu sekali tetapi bergantung kepada keadaan semasa dan juga maklumat yang kita (polis) terima.
“Sekiranya sesuatu sekolah itu kita dapati ada sedikit masalah, kekerapan (lawatan) akan berlipat kali ganda lagi,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Negeri Sembilan di Taman Kasturi, Gemencheh, di sini, hari ini.
Ujar Alzafny lagi, PPS akan meluangkan masa bersama pelajar terutamanya pada waktu rehat dan akan membuat laporan berhubung pergerakan serta persekitaran pelajar tersebut. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3






![[VIDEO] ‘Macam mana jari kau boleh masuk situ kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-01-at-5.04.16-PM.jpeg)








![[VIDEO] ‘Adik tak sihat, dia nampak seperti suami dok panggil dan ejek’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Marliana.jpeg)
![[VIDEO] Selepas ‘pesta kerang’, kini siput beliung serbu Pantai Permatang Pasir](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/siput-beliung.jpeg)































