Keadaan kenderaan berkenaan yang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Seremban Tampin, berhampiran hentian sebelah, malam ini.
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 17 Februari 2026, 10:38 pm
TAMPIN – Enam individu termasuk lima sekeluarga nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Seremban Tampin, berhampiran hentian sebelah, di sini, malam ini.
Pegawai Bomba Kanan 1, Yazid Yaacob berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8.48 malam dan tiba di lokasi sejauh lima kilometer pada pukul 8.52 malam.
“Setibanya di lokasi kejadian di dapati benar berlaku pokok tumbang telah menghempap dua buah kenderaan jenis Nissan Grand Livina dinaiki lima beranak berusia lingkungan 12 tahun hingga 47 tahun serta kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.
“Semua mangsa berjaya keluar sendiri dalam keadaan selamat sebelum pasukan keluaran operasi sampai. Kerja-kerja pemotongan pokok dilakukan bagi memastikan jalan utama berkenaan dapat dilalui kenderaan lain,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi, di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

8 hours ago
7






![[VIDEO] Bibik dapat RM1,000, bos bagi angpau](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/angpau.jpeg)




![[VIDEO] Kulit gendang tarian singa, bolehkah orang Islam sentuh?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/gendang.jpeg)







![[VIDEO] ‘Hari-hari Aqil sebut nama Faisal Halim, akhirnya dapat jumpa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-17-at-1.00.37-PM.jpeg)





























