PH kena muhasabah, jangan asyik tuduh BN

7 hours ago 6
KHAIRY Jamaluddin bersarapan pagi bersama calon BN DUN Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin di Dataran Lenggeng hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!
  • Oleh NOR SHAFAWATI YUP
  • 24 Julai 2026, 3:02 pm

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) perlu bermuhasabah mencari punca mengapa gabungan itu gagal mendapat sokongan pengundi Melayu dan bukan terus menuduh parti lain memainkan isu perkauman.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kenyataan sedemikian mungkin berpunca daripada rasa tidak senang PH terhadap pandangan beliau sebelum ini berhubung kegagalan gabungan itu mengurus sensitiviti pengundi Melayu dengan baik.

“Saya ada sebut bahawa sensitiviti orang Melayu tidak diurus dengan baik oleh PH, jadi mereka marah dengan mengatakan saya memainkan isu perkauman.

“Tapi saya nak minta PH cuba renungi dan bermuhasabah diri sedikit kenapa mereka tidak popular dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program sarapan pagi bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin di sini hari ini.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, berdasarkan kajian yang dilakukannya di Johor, sokongan pengundi Melayu terhadap calon-calon PH didapati tidak mencapai 10 peratus. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |