Seorang anggota penguat kuasa MBPP dilaporkan melecur akibat letupan belon helium di Lebuh Union, George Town, malam tadi.
- Oleh NOOR HASLIZA NUSI
- 2 Februari 2026, 12:23 pm
GEORGE TOWN – Seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melecur selepas belon helium yang disita daripada seorang penjaja asing meletup malam tadi.
Insiden tersebut berlaku ketika mangsa sedang menurunkan barang rampasan itu dari sebuah kenderaan pacuan empat ronda milik agensi berkenaan di Ibu Pejabat Bahagian Perlesenan MBPP di Lebuh Union, di sini.
Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini selepas kejadian bagi mendapatkan rawatan. Kosmo! difahamkan, belon helium itu dirampas di lokasi sambutan Thaipusam di Kebun Bungah kira-kira pukul 10.45 malam semalam.
Belon pelbagai warna itu dikatakan tiba-tiba meletup dan mengeluarkan api sehingga menyebabkan mangsa cedera. Kenderaan agensi tersebut juga dilaporkan turut mengalami kerosakan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu, kenyataan media akan dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBPP, Datuk A. Rajendran dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
7



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































