PETALING JAYA – Seorang pakar dalam bidang minyak dan gas menyifatkan kejadian letupan paip gas di Taman Putra Harmoni, Putra Heights, dekat sini bukan sekadar korek tanah.
Jelas individu dikenali sebagai Zamir Rashid itu ramai juga yang menganggap kejadian itu disebabkan kerja-kerja mengorek paip.
Bagaimanapun katanya, berdasarkan analisis pihaknya, kejadian itu mempunyai bebeberapa kaitan yang boleh menyebabkan tercetusnya letupan dahsyat di kawasan terbabit.
Pertama katanya, ia bukan disebabkan ‘human error’ atau kesalahan manusia, tetapi mungkin berlakunya tanah mendap secara perlahan disebabkan pembinaan berdekatan.
“Bila sokongan tanah hilang, paip boleh lentur (buckling). Kedua, letupan fenomena lebih pada ‘underground full bore rupture’, bukan BLEVE tiada tangki semua saluran paip sahaja.
“Tiada cecair, sebab gas asli dalam bentuk ‘form’, bukan LNG. Gas semua dalam saluran paip dah ‘regasified dari Pengerang dan Melaka.
“Yang ada cuma gas asli dalam paip tekanan tinggi (50 barg). Kemudian, gas akan keluar dari tanah secara mendadak dan apa-apa ‘spark’ dari persekitaran boleh meletup,”katanya di Instagram.
Menurut Zamir, analisis ketiga katanya kemungkinan berlaku kebocoran gas lebih dari satu ada dua jenis api dilihat, api tinggi, bersh macam ‘jet fire’ dan satu lagi api lebih berat, berasap ‘dirty flame’.
“Boleh jadi sebab paip bocor dua tempat atau dua titik kebocoran serentak. Aktiviti ‘shutdown’ valve ambil masa ‘selama 45 minit’.
“Bernama lapor api bermula lebih kurang 8:01 pagi. Tapi paip hanya ditutup pukul 8:46 pagi.
45 minit gas keluar tanpa henti. Dan dalam dunia pipeline, setiap minit risiko nyawa ditambah dengan kerugian ekonomi,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE