Gambar hiasan
- Oleh KOSMO!
- 2 September 2026, 2:41 pm
PETALING JAYA – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan Nur Fitri Azmeer Nordin yang sebelum ini dikaitkan dengan kes pedofilia, bukan kakitangan di universiti tersebut.
UKM menerusi kenyataan memaklumkan, Nur Fitri Azmeer merupakan bekas pelajar institusi pendidikan tinggi berkenaan serta telah menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2021.
“UKM juga menafikan bahawa Nur Fitri Azmeer adalah kakitangan UKM.
“Sebagai institusi pendidikan tinggi, UKM komited untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan profesional bagi semua pelajar,” menurut kenyataan itu hari ini.
Terdahulu, kenyataan itu adalah merujuk isu tular tersebar di laman media sosial berkait individu tersebut. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
6















![[VIDEO] Sia-sia potong reben, jambatan roboh semasa majlis perasmian](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/jambatan-roboh2.jpg)
































