KAPTEN hoki dalam dewan negara, Muhammad Najmi Farizal Jazlan menegaskan sokongan penuh Majlis Sukan Negara (MSN) menjadi kunci utama kebangkitan skuad kebangsaan dalam usaha merealisasikan sasaran pingat emas Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur.
Menurut Najmi, selepas kempen Sukan SEA lalu, fokus pasukan kini beralih kepada Piala Asia Dalam Dewan sekitar Mei ini yang dilihat sebagai medan persiapan penting untuk membina momentum serta kefahaman permainan ke arah misi besar di laman sendiri.
“Kami akan buat persiapan ke arah Piala Asia. Tapi sama ada pasukan penuh yang beraksi di Sukan SEA akan dibawa atau tidak, itu bergantung kepada keputusan pengurusan dan barisan jurulatih,” katanya.
Mengulas keadaan semasa, Najmi mengakui cabaran paling ketara perlu diatasi adalah kekurangan pendedahan perlawanan kompetitif di peringkat antarabangsa, khususnya format hoki dalam dewan menuntut tempo dan pendekatan taktikal berbeza.
“Kami cuma perlukan lebih banyak pendedahan. Kami kena banyak bermain di luar negara dan menentang pasukan berkualiti supaya benar-benar faham rentak sebenar hoki dalam dewan,” katanya.
Menurut Najmi, kekangan pendedahan antarabangsa itu berpunca daripada keterbatasan bajet serta ketiadaan skuad hoki dalam dewan dalam program penuh MSN, sekali gus menyukarkan pasukan untuk merancang persiapan jangka panjang.
“Bila kami tidak berada dalam program MSN, memang susah untuk keluar bertanding sebab kekangan kewangan. Sebab itu kami sangat berharap MSN dapat membantu kami,” katanya.
Najmi percaya, sekiranya skuad hoki dalam dewan diberikan sokongan menyeluruh dan pendedahan antarabangsa yang konsisten, peluang untuk menebus kegagalan lalu serta merampas kembali emas pada Sukan SEA 2027 adalah sangat realistik.
“Kalau kami dapat program yang baik dan pendedahan antarabangsa mencukupi, prospek untuk menang emas memang tinggi. Kami pernah seri 4-4 dengan Indonesia walaupun hanya buat persiapan sekitar tiga bulan,” katanya.
Sebagai perbandingan, Najmi menegaskan Indonesia menjadi contoh terbaik apabila pemain mereka menerima sokongan penuh, termasuk beraksi bersama kelab luar negara di Jerman dan Republik Czech.

1 day ago
7



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































