‘Mula-mula mengidam masakan Melayu, kemudian bertukar emas’

1 day ago 5

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui perkongsiannya mengenai mengidam emas baru-baru ini untuk kehamilan ketiganya adalah benar dan bukan rekaan semata-mata.

Menurut Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, dia juga bersyukur apabila suami, Raja Shahiran memenuhi kemahuannya dan memberikan kad kredit untuk urusan pembelian.

“Mengidam emas itu memang betul, sebenarnya pada awal kehamilan saya cuma mengidam nak masakan tradisional Melayu sahaja.

“Tetapi tiba-tiba rasa macam tidak makan lauk Melayu pun tak mengapa asalkan dapat beli emas.

“Suami pula beri kad kredit namun saya membeli emas berpada-pada dan berbelanja ikut kesedaran.

“Saya pergi satu Kuala Pilah, Negeri Sembilan cari emas, rupa-rupanya harga emas di sana memang murah,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan gala filem The Voice of Hind Rajab di sini semalam.

Tambahnya lagi, perkongsiannya mengenai mengidam emas itu turut meraih pelbagai reaksi termasuk golongan suami yang memintanya berhenti berkongsi dalam media sosial kerana bimbang akan mempengaruhi isteri mereka.

“Sebenarnya ramai ibu mengandung sama dengan saya. Paling kelakar apabila golongan suami yang hantar mesej minta saya berhenti kongsi sebab isteri mereka terpengaruh.

“Tapi bagi saya tak salah pun sebagai hadiah kepada isteri yang hamil selain suami juga akan dapat keuntungan daripada beli emas ini nanti” ujarnya.

Dalam pada itu, dia dan suami magi memberi kejutan kepada diri sendiri apabila memilih tidak mengetahui jantina bayi sehingga saat kelahiran nanti.

Meski menghitung hari untuk melahirkan anak ketiga, dia masih tidak membuka dokumen pemeriksaan doktor yang telah memaklumkan jantina anak ketiganya.

“Kalau ikutkan tinggal lagi dua minggu, memang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata ketiga.

“Sehingga sekarang saya memang tak tahu jantina bayi walaupun dah nak bersalin. Dokumen yang doktor bagi pun saya tak buka.

“Tak apalah, saya dan suami nak rasa kejutan bila melahirkan nanti tetapj nama sudah ada,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Uyaina memberitahu dia lebih menginginkan barangan kemas sehingga sanggup ke Kuala Pilah membeli emas buat dirinya.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran yang juga penyanyi pada 21 Disember 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2 tahun. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |