‘Masya-Allah, Siti Agnez Modijah’ – Ramai terpegun, ini jawab Agnez

3 hours ago 15
Agnez menafikan dakwaan sebilangan peminat yang bertanyakan sama ada dia sudah memeluk agama Islam disebabkan penampilan terbaharu dalam IG.
  • Oleh MOHD. HAIKAL ISA
  • 6 Februari 2026, 11:20 pm

PETALING JAYA – Diva ternama Indonesia Agnez Mo menafikan dakwaan sebilangan peminat yang menyangka dirinya sudah memeluk agama Islam selepas berkongsi untaian foto berabaya dan menutup aurat sepenuhnya.

Foto yang dirakam di sebuah kawasan padang pasir di Dubai itu dimuat naik pelantun lagu Matahariku di Instagram (IG) sekali gus menimbulkan perdebatan ramai.

Seorang pengguna Instagram bertanya: “Adakah Agnez sudah (bergelar) mualaf kerana mahu bernikah dengan seorang Adam (lelaki) beragama Islam?”

Agnez kemudian menjawab menerusi ruangan komen: “Lol (ketawa) saya akan selamanya menganut agama Kristian.”

Tangkap layar interaksi antara Agnez Mo dan peminat menjelaskan status agamanya di IG.

Dalam beberapa hantaran dalam IG, Angez atau nama sebenarnya Agnes Monica Muljoto, 40, dilihat menggayakan pakaian abaya berona merah gelap dengan kufiya yang merupakan penutup kepala tradisional berbentuk per segi umum dipakai di Timur Tengah.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat yang menitipkan doa yang baik-baik buatnya dan tidak kurang, ada yang menyakatnya dengan nama-nama islamik.

“Siti Agnez Modijah. Queen Mo, cantik banget masya-Allah,” demikian antara komen ditinggalkan peminat. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |