Malaysia sedia penuhi undangan Pentagon – Mohamed Khaled

4 hours ago 3

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan bersedia memenuhi undangan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth ke Pentagon tahun hadapan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara.

Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, jemputan itu bukan atas permintaan peribadinya, sebaliknya dibuat oleh pihak AS dan penyertaannya bergantung kepada kelulusan Jemaah Menteri.

“Menerusi pertemuan itu, kita boleh (bincangkan) perkara-perkara yang mungkin diperlukan oleh negara terutamanya dalam kita membuat perolehan peralatan (aset ketenteraan) kita.
“Contohnya kita punya pesawat (FA-50) yang mana di dalam (pesawat) iti ada komponen yang datang dari Amerika Syarikat (AS) yang mesti mendapat kelulusan mereka (AS).

“Begitu juga dengan pesawat rondaan maritim, ada alat-alat dalam itu yang memerlukan sokongan dan kelulusan Amerika.

“Tanpa kelulusan itu,.maka aset-aset yang sepatutnya kita diserahkan kepada kita mengikut jadual yang telah ditetapkan mungkin terlewat,”katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) di sini hari ini.

Terdahulu, Hegseth dalam kemaskini di laman sosial X semalam, memaklumkan beliau berbesar hati untuk menyambut kehadiran Mohamed Khaled ke Pentagon tahun hadapan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi ADMM Plus berkata, Malaysia bersedia memperkukuh kerjasama dengan AS khususnya dalam aspek domain maritim bagi mempertingkat keselamatan di rantau ini.

Katanya, kekuatan AS dalam bidang itu wajar dimanfaatkan bagi membantu negara-negara ASEAN termasuk Malaysia memperkukuh keupayaan pertahanan laut masing-masing.

“Antara kekuatan Amerika ialah dalam soal maritime domain awareness yang membolehkan mereka mengesan segala aktiviti di kawasan rantau ini. Kita boleh melihat secara terus bagaimana maklumat itu boleh dikongsi serta digunakan untuk kepentingan keselamatan negara kita,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |