GANDINGAN Mouni sebagai ibu manakala Varun Dhawan anak dalam filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai dikecam ramai.
- Oleh HELMI ANUAR
- 30 Mei 2026, 11:10 am
BOLLYWOOD dan kisah tidak masuk akalnya ibarat berpisah tiada.
Terbaharu, netizen mengecam pilihan pelakon filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai yang menggandingkan Mouni Roy dan Varun Dhawan sebagai pasangan ibu dan anak.
Menurut netizen, gandingan itu tidak masuk akal kerana umur Mouni hanya tua setahun daripada Varun.
Namun, ada netizen yang mendedahkan bahawa watak Mouni sebenarnya adalah penyamar yang menyamar sebagai ibu Varun dalam filem tersebut.
Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai yang turut dibintangi oleh Pooja Hegde dan Mrunal Thakur bakal ditayangkan di pawagam pada 5 Jun 2026.

5 hours ago
6
















![[VIDEO] ‘Kejadian sekelip mata, saya dilambung dua kali’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-29-at-2.14.05-PM.jpeg)






























