Luaran macam feminin tapi jiwa saya ‘abang-abang’

2 days ago 9

KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Dowanna mengakui didekati beberapa individu sejak memiliki bentuk badan lebih langsing, namun menolak kerana masih belum bersedia untuk terikat dengan sebarang komitmen cinta.

Menurut Bella, 22,lelaki-lelaki tersebut tidak menepati kriteria diinginkan termasuk memiliki ciri-ciri ‘red flag’.

“Ada juga beberapa individu mencuba untuk mendekati tetapi saya tolak sebab juga yang hadir dengan ada ciri-ciri lelaki ‘red flag’. Memang tak mahu dia, saya tepis.

“Ada juga artis dan orang biasa yang cuba dekati cuma saya belum bersedia.

“Tapi sebenarnya saya lebih kepada tidak bersedia dan memang akan menolak sesiapa sahaja yang cuba mendekati,” katanya kepada Kosmo! Online di sini semalam.

Dalam masa sama, antara faktor dia masih berstatus solo kerana masih ada lelaki yang khuatir untuk mengenalinya kerana memiliki perwatakan yang agak kasar.

“Saya masih solo ketika ini dan tiada yang betul-betul berani mendekati. Mungkin sebab karakter saya agak kasar.

“Nampak luaran macam feminin tetapi jiwa macam ‘abang-abang’,” jelasnya.

Tambahnya, selain ingin fokus pada diri sendiri, dia bersyukur kerana keluarga tidak meletakkan sebarang syarat umum untuk memiliki kekasih.

“Keluarga tak menghalang. Memang sebelum ini mereka ada letak syarat supaya bercinta selepas tamat persekolahan.

“Tapi kini saya sudah boleh buat keputusan sendiri cuma mahu fokus pada diri ditambah pula masih dalam fasa ingin membantu keluarga,” akuinya tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta.

Terdahulu, Bella menyangkal tuduhan dia melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan.

Dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram dalam tempoh setahun dengan konsisten melakukan diet ‘one meal a day’ atau makan sehari sekali dan berpuasa. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |