
- Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
- 31 Julai 2025, 8:06 pm
LONDON – Pemain baharu Sunderland, Granit Xhaka sedia mencurahkan pengalaman untuk membantu pasukan tampil lebih kompetitif selepas melengkapkan perpindahan daripada pasukan Bayer Leverkusen semalam.
Sebagai rekod, Xhaka kembali dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mewakili Arsenal selama tujuh tahun sebelum berhijrah ke Leverkusen pada tahun 2023.
Difahamkan, The Black Cats telah mengeluarkan dana keseluruhan sebanyak £17.3 (RM98.17 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 33 tahun ini dengan kontrak hingga 2028.
“Saya sangat bangga apabila diberi kepercayaan untuk mewakili Sunderland. Saya dapat rasa aura dalam pasukan ini bahawa mereka mampu berikan saingan pada musim baharu nanti.
“Saya akan gunakan segala pengalaman yang ada untuk membantu lakar sejarah baharu kelab dan bawa pasukan ini ke tahap yang sepatutnya,” kata pemain antarabangsa Switzerland ini. – AGENSI