Liga Super: JDT makin sempurna, gah teraju puncak liga

4 hours ago 3
Pemain naturalisasi JDT, Romel Morales cuba untuk mengawal bola pada aksi Liga Super, malam tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers
  • Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
  • 1 November 2025, 6:57 pm

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz puas dengan prestasi anak buah yang mudah membenam Terengganu FC (TFC) 5-0 pada aksi Liga Super di laman lawan, malam tadi.

Beliau berkata, pemain-pemain menunjukkan disiplin tinggi dan semakin seimbang di setiap posisi serta berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa bolos dalam beberapa perlawanan terakhir.

“Setiap hari kami semakin menunjukkan keseimbangan dalam pasukan dan mempamerkan aksi semakin baik. Perkara paling penting untuk kami berjaya mengekalkan ‘clean sheet’ (tanpa bolos) dan momentum kemenangan.

“TFC bukanlah pasukan yang boleh diambil mudah, mereka mampu cipta sesuatu tapi kami berjaya mengawal permainan selama 90 minit dengan sangat baik,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Munoz memuji karakter pemainnya yang terus mempamerkan aksi konsisten biarpun berdepan jadual padat dan tekanan tinggi.

Kemenangan ke atas skuac Sang Penyu itu terus mengukuhkan dominasi JDT di puncak liga dengan kelebihan 10 mata berbanding Kuala Lumpur City FC yang menghuni tangga kedua. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |