Lelaki warga asing dicekup cuba mencuri dalam pesawat

2 months ago 35
  • Oleh SAFINA RAMLI
  • 8 Februari 2025, 1:03 pm
Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki cuba mencuri dalam pesawat dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, seorang penumpang menyedari suspek berusia 52 tahun itu sedang membuka bagasinya dan segera memaklumkan kru penerbangan.

“Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati tiada barang berharga yang hilang, namun suspek tetap ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |