PETALING JAYA – Pelakon terkenal Hollywood, Florence Pugh mengakui jatuh cinta dengan keenakan makanan tempatan ketika menjalani penggambaran filem Thunderbolts di Malaysia baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran video di laman X oleh @GSCinemas, bintang filem tersebut berkata dia sangat menyukai suasana di negara ini dan berhasrat untuk kembali lagi jika diberi peluang.
“Sebab makanannya memang gila sedap. Saya perlu belajar beberapa hidangan terbaik, tetapi saya 100 peratus akan cuba masak makanan Malaysia dalam segmen ‘Cooking With Flo’,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna teruja dengan kenyataan Pugh dan tidak sabar menantikan tayangan filem tersebut di pawagam.
“Terima kasih Marvel, sayang dari Malaysia,” komen @KembaraQalbi.
“Awak semua lebih baik bersorak dalam pawagam bila babak ini ditayangkan,” kata @KyH_LuCAS. – KOSMO! ONLINE
#Malaysia, this one’s for you! 🇲🇾🥹
We had the exclusive chance to chat with #FlorencePugh about her experience filming right here in Malaysia — including jumping off the #Merdeka118 Tower! 🏙️
Don’t miss Marvel Studios’ #Thunderbolts*⚡ coming to GSC this 1 May! 🎬 Get your… pic.twitter.com/dpzlV6XYsn
— GSC (@GSCinemas) April 29, 2025