PETALING JAYA – Tembelang empat lelaki Bangladesh yang menjadi ejen mengeluarkan pas khas palsu kepada rakan senegara sejak setahun lalu terbongkar apabila kesemua ditahan dalam operasi di Kuala Lumpur dan Bandar Bukit Raja, Selangor.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan pada pukul 9.02 malam pada semalam dan kelmarin berjaya menahan suspek berusia 22 hingga 38 tahun.

Katanya, pemeriksan mendapati dua daripadanya memiliki pas klawatan kerja sementara dalam sektor pembinaan dan dua tinggal lebih masa.
“Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah premis merampas 134 pasport pelbagai negara termasuk Bangladesh, Nepal, Myanmad, Indonesia dan India selain wang RM69,380.
“Mereka menawarkan perkhidmatan pas khas kepada warga asing yang tinggal lebih masa. Suspek mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM2,500 untuk setiap perkhidmatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE