LBS raih empat anugerah berprestij di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026

4 hours ago 6

PETALING JAYA  – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, telah mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila meraih empat anugerah berprestij di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026. 

Pencapaian ini menandakan detik penting bagi LBS dalam meneruskan pelan hala tuju strategik ke arah menjadi pemaju hartanah berteraskan reka bentuk yang unggul dan berdaya saing dalam industri.

StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 merupakan platform pengiktirafan berprestij yang meraikan pemaju hartanah yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap pembangunan sektor hartanah di Malaysia. 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, mereka berbesar hati menerima pengiktirafan di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026. 

“Pencapaian ini menegaskan komitmen LBS terhadap kecemerlangan, inovasi dan pembinaan komuniti. 

“Anugerah ini mencerminkan janji jenama kami, ‘Bersama Membina Masa Depan’, dengan reka bentuk, fungsi dan rakyat menjadi teras kepada setiap pembangunan,” katanya.

Anugerah ini turut memberi penghormatan kepada projek-projek yang bukan sahaja menampilkan mercu tanda ikonik dan pembangunan mampan, tetapi juga perbandaran bersepadu yang berjaya meningkatkan piawaian industri, memperkasa komuniti serta memperbaiki kualiti kehidupan rakyat, sekali gus mengiktiraf pemaju yang menyumbang masa depan landskap hartanah negara.

Pada anugerah tahun ini, LBS telah dianugerahkan ‘Foreign Touch Award’ bagi projek Centrum Iris, ‘Excellence in the Business Estate Award’ bagi projek Taman Perindustrian Alam Perdana, serta ‘Excellence in the Starter Home Award’ bagi KITA Sejati. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lucas Lim (dua dari kanan), bersama barisan pengurusan LBS di Anugerah Pemaju Hartanah 2026.

Malah, LBS turut tersenarai sebagai antara 10 Pemaju Hartanah Terunggul di Malaysia. 

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen teguh LBS terhadap janji jenamanya, ‘Bersama Membina Masa Depan’, yang merangkumi usaha membina gaya hidup bermakna, ekosistem perniagaan yang progresif serta komuniti yang mampan dan berdaya tahan.

Pengiktirafan terhadap projek Centrum Iris mengukuhkan pendekatan LBS yang berteraskan reka bentuk holistik yang memenuhi jangkaan pembeli moden dan memperkaya kualiti kehidupan harian. 

Sementara itu, kejayaan Taman Perindustrian Alam Perdana, menzahirkan komitmen Kumpulan dalam memperkukuh ekosistem ekonomi negara melalui pembangunan persekitaran perniagaan kondusif, sekali gus menyokong pertumbuhan industri, keusahawanan dan komuniti bersepadu. 

Pengiktirafan bagi KITA Sejati pula, mencerminkan keutamaan LBS terhadap nilai berteraskan rakyat, dengan menyediakan akses pemilikan rumah berkualiti khususnya kepada golongan keluarga muda dan pembeli kali pertama. 

Penyenaraian LBS sebagai antara 10 Pemaju Hartanah Terunggul di Malaysia turut mengukuhkan kedudukan Kumpulan sebagai pemaju yang diyakini, berwawasan dan konsisten dalam menyampaikan pembangunan bernilai tinggi selaras dengan keperluan rakyat yang sentiasa berkembang. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |