Sebuah kereta terjatuh di atas bumbung sebuah rumah di kaki bukit Jalan Kampung Tanjung Bachang, di Seri Menanti, malam semalam. -IHSAN POLIS
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 29 Mei 2026, 9:48 am
KUALA PILAH – Empat warga emas berdepan detik-detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terjatuh di atas bumbung sebuah rumah di kaki bukit Jalan Kampung Tanjung Bachang, di Seri Menanti, di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian pada pukul 7.28 malam itu nelibatkan keeta jenis Perodua Axia yang dalam perjalanan dari Seri Menanti hendak ke Seremban.
Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta telah hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh bumbung sebuah rumah yang berada di bawah bukit.
“Akibat kemalangan itu, penumpang hadapan dan belakang kereta mengalami kecederaan ringan dan masih mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), manakala pemandu dan seorang lagi penumpang belakang tidak cedera.
“Kes disiasat di bawah peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

13 hours ago
7







![[VIDEO] ‘Kejadian sekelip mata, saya dilambung dua kali’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-29-at-2.14.05-PM.jpeg)





































