Keluar rumah sejak Rabu, Iskandar masih belum pulang

3 hours ago 2
Mohammad Iskandar Zulkarnain
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 1 November 2025, 4:42 pm

SERDANG – Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, laporan mengenai kehilangan remaja itu dibuat oleh wanita yang berusia 41 tahun selepas tidak pulang ke rumah.

“Orang hilang dikenali sebagai Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah, berusia 15 tahun 10 bulan, berkulit cerah, berambut pendek berwarna hitam, mempunyai ketinggian kira-kira 162 sentimeter dan bertubuh kurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan remaja terbabit sedang dijalankan dan pihak polis memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Yusof Hasan Ganny di talian 03-8076 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |