PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha mendedahkan mengalami keguguran ketika kandungannya sudah mencecah usia 10 minggu.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata keadaan tersebut berlaku disebabkan bayi dalam kandungannya dalam keadaan tidak sihat.
“Kisah 3 petang semalam, 16 Februari. Bukan kerana terlalu banyak bekerja atau bergerak, bukan kerana terlalu kuat berdiet.
“Kata Dr. Elly baby A tak sihat. Maka terjadilah keguguran awal kehamilan (10 minggu) tapi kena buat D&C (prosedur cuci rahim) sebab baby dah besar,” kongsinya dalam Instagram.
Menerusi hantaran sama, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini turut berkongsi keadaannya ketika berada di wad dengan ditemani suami.
Fasha turut berlapang dada dan menyifatkan mereka belum diberikan lagi rezeki untuk menambahkan zuriat, selain percaya masanya akan tiba nanti.
“Juga bukan rezeki kami lagi, insya-Allah akan cuba lagi di tahun-tahun akan datang. Sekarang sama-sama fokus kerja dulu,” ujarnya.
Ibu kepada tiga anak itu tidak ketinggalan menyuntik semangat untuk wanita lain yang senasib dengannua agar terus berdoa serta tidak cepat mengalah.
“Apa pun, kepada yang sama-sama mengalami macam saya, jangan rasa down (patah semangat), dapat hamil secara alami pun satu anugerah juga. Mungkin ada rezeki lain untuk kita.
“Terima kasih buat yang mendoakan baik-baik untuk kami dan semoga doa yang baik kembali pada kalian,” katanya.
Sebelum ini, Fasha berkongsi di platform Threads mengatakan hasratnya untuk menambah zuriat tidak kesampaian dan hanya mahu bekerja keras tahun ini.
Terdahulu, rumah tangganya dengan Aidil diserikan kehadiran anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia enam tahun.
Fasha juga memiliki dua lagi cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu dengan ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 12. – KOSMO! ONLINE

15 hours ago
7







![[VIDEO] Bibik dapat RM1,000, bos bagi angpau](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/angpau.jpeg)




![[VIDEO] Kulit gendang tarian singa, bolehkah orang Islam sentuh?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/gendang.jpeg)






![[VIDEO] ‘Hari-hari Aqil sebut nama Faisal Halim, akhirnya dapat jumpa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-17-at-1.00.37-PM.jpeg)





























