Kampung Bukit Belah pula dilanda banjir

13 hours ago 7
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Bukit Belah, Sungai Petani ke tempat selamat, hari ini. - Foto APM Kedah
  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 7 November 2025, 3:21 pm

SUNGAI PETANI – Kawasan rumah penduduk di Kampung Bukit Belah di sini turut dilanda banjir akibat limpahan sungai ekoran hujan lebat berpanjangan sejak tengah malam tadi.

Kesemua penduduk yang terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah yang dibuka pada pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, seramai 10 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS tersebut sehingga pukul 2 petang ini.Dua sungai mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Jarak di Kampung Permatang Durian (F2), Kulim dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang (F2), Pendang sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi pada pukul 1 tengah hari tadi mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri termasuk Kedah sehingga pukul 4 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |