Jaslinda selamat, ditemui selepas 14 hari

11 hours ago 7

TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 14 hari lalu, ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Maklumat penemuan mangsa itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, mangsa ditemui oleh penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Terdahulu, tular gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan berkenaan.

Jaslinda dilihat kali terakhir di puncak Gunung Batu Putih sebelum ditemui di Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh hari ini. (Anggaran jarak kedua-dua lokasi adalah sejauh 11.5 kilometer)

Operasi SAR mengesan Jaslinda diaktifkan 25 Mei lalu selepas wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki dan seorang malim gunung di Kem Batu Core selepas lelaki terbabit mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |