Ismail Sabri keluar selepas lebih lima jam beri keterangan

12 hours ago 4
  • Oleh KAMARIAH KHALIDI
  • 13 Mac 2025, 3:39 pm
Ismail Sabri keluar dari Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberi keterangan hampir lima jam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya di sini, hari ini.-FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, berhubung dakwaan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Beliau dilihat keluar dari pekarangan SPRM selepas lebih lima jam dirakam keterangan berkait kes terbabit.

Kenderaan berwarna gelap yang membawa ahli Parlimen Bera itu keluar kira-kira pukul 3.13 petang dan beliau sempat melambai kepada wartawan yang menunggu di luar sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, cubaan media untuk mendapatkan komen daripada beliau gagal dan difahamkan, beliau dijangka akan menyambung memberi keterangan pada esok.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |