Hotel Kimpton Naluria bakal dibuka suku keempat 2025

19 hours ago 7

KUALA LUMPUR – Kimpton Naluria Kuala Lumpur sebuah hotel baharu di dalam kawasan Tun Razak Exchange (TRX) bakal dibuka kepada umum menjelang suku keempat tahun ini.

Pengurus Besarnya, Paul Cunningham berkata, buat masa ini, persiapan pembukaannya berada pada fasa penting dengan melibatkan semua pihak khususnya dalam reka bentuk dalaman dan luaran bagi memastikan setiap elemen hotel mencerminkan identiti unik jenama hotel tersebut.

Menurut beliau, setiap hotel di bawah jenama Kimpton di seluruh dunia memiliki konsep dan karakternya yang tersendiri malah pihaknya telah mereka bentuk uniform menarik untuk setiap jabatan agar selari dengan personaliti jenama tersebut.

“Dalam masa yang sama, kami akan memberi tumpuan terhadap penciptaan pengalaman tetamu yang unik dan sangat diperibadikan,” katanya ketika ditemui dalam sesi temubual di sini baru-baru ini.

Cunningham menerangkan, hotel yang turut bersambung dengan pusat beli-belah The Exchange TRX itu bakal menjadi pilihan pelancong asing dari seluruh dunia, pelancong korporat, keluarga yang mahu membeli-belah dan bersantai serta pelancong domestik yang mencari sebuah pengalaman percutian gaya bandar.

Mengulas lanjut, hotel tersebut memiliki 466 bilik, termasuk 29 suite yang luas yang mana konsep Kimpton Naluria Kuala Lumpur memfokuskan kepada reka bentuk bertemakan Botanics Beyond Aesthetics. 

“Kami mengetengahkan elemen semula jadi seperti  kayu lembut, textur batu dan kehijauan yang subur untuk mencipta suasana yang menenangkan namun bergaya, setiap sudut hotel ini 

direka untuk menghubungkan tetamu dengan alam dan ketenangan mahupun berada di bandar,” ujarnya.

Hotel tersebut memiliki empat buah restoran, lima ruang acara yang serba fleksibel, boleh diubah suai dan digabungkan mengikut keperluan bersesuaian untuk mesyuarat, persidangan, pelancaran produk, majlis makan malam serta pertemuan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti  gymnasium, kolam renang, restoran dan teres yoga khusus  yang mana keempat-empat kemudahan ini  terletak di aras bumbung (rooftop)

Restoran yang terdapat di hotel tersebut juga istimewa kerana nama dan konsepnya yang mana ia terdiri daripada Tuai + Till iaitu restoran dua alam yang menggabungkan hidangan tempatan dan juha barat.

Bagi Four Siblings pula ia adalah satu-satunya restoran di aras bumbung di kawasan TRX yang mana nama empat beradik itu diambil bersempena gabungan rempah  ‘4 beradik’ iaitu rempah kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang, pastinya ia akan menyedapkan masakan.

.Rise & Grind merupakan espresso bar yang menawarkan kopi istimewa hasil tangan pakar, teh mewah, kombucha dan Grab n’ Go konsep yang berkhasiat.

Restoran lain adalah yang bergaya Itali-Amerika retro yang memiliki konsepnya bertema 1970s ‘Saturday Night Fever’ zaman lalu di America yang menghidangkan makanan bersaiz besar bersajian pasta  berasaskan sos merah dengan suasana hangat dan mesra keluarga. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |