MESKIPUN pasaran telefon lipat kini telah berkembang pesat, namun keraguan terhadap peranti tersebut masih belum hilang sepenuhnya.
Pengguna ragu telefon lipat itu ‘terlalu rapuh’ ‘terlalu mudah rosak’ dan terlalu mahal untuk dibaiki’.
Keraguan tersebut telah melekat untuk kategori telefon lipat bertahun-tahun lamanya.
Tetapi, HONOR tampil dengan penyelesaian dengan Magic V6 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Malah, melalui satu siri ujian tekanan yang melampau dan berani, Magic V6 lulus semua cabaran menarik pesawat komersial, menarik kereta lumba, mengangkat seorang dewasa untuk melakukan pull-up, dan menggesek mesin geridu pada skrin.
Setelah cabaran tamat, engsel peranti tersebut masih membuka dan menutup dengan lancar.
Selain itu, skrin juga tidak menunjukkan sebarang kerosakan dan telefon dalam keadaan baik.
Ini bukan sekadar gimik pemasaran, tetapi ia adalah keputusan yang telah disahkan oleh rekod rasmi.
HONOR Magic V6 adalah telefon lipat paling kuat yang pernah dibina tanpa sebarang keraguan.
Kajian pengguna dalaman HONOR mendapati bahawa kira-kira 33 peratus bakal pembeli menyatakan keraguan di mana mereka bimbang engsel akan longgar, rangka akan melengkung, atau telefon akan retak di bawah tekanan sebenar.
Di sebalik semua kebimbangan individu itu terdapat satu soalan utama, adakah strukturnya cukup kuat?
UJIAN pertama Magic V6 adalah menarik pesawat komersial sejauh 150 meter.Jawapan HONOR terletak pada HONOR Super Steel Hinge, direkayasa daripada keluli khas super-kuat dengan kekuatan tegangan 2,800 MPa, menjadikannya keluli khas gred komersial terkuat yang pernah digunakan dalam mana-mana peranti pengguna.
Peranti ini telah lulus ujian lipatan 500,000 kali SGS, walaupun pada kadar 100 lipatan sehari, itu bersamaan dengan lebih 13 tahun penggunaan yang boleh dipercayai.
Bagi membuktikan integriti struktur ini, HONOR menguji Magic V6 melalui dua ujian dunia sebenar yang melampau.
Ujian pertama adalah menarik pesawat komersial sejauh 150 meter, dan ujian kedua menarik sebuah Supercar sejauh 30 meter.
Dalam kedua-dua kes, engsel kekal sepenuhnya utuh, membuka dan menutup dengan aksi lancar yang sama seperti sebelumnya.
Tiada kebocoran skrin, tiada piksel mati dan tiada lenturan.
Bagi pengguna, ini bermakna tiada lagi keresahan tentang keletihan engsel akibat penggunaan harian, dan tiada lagi rasa berdebar setiap kali telefon terjatuh.
Cabaran menarik pesawat initurut mendapat pengesahan rasmi di lokasi daripada Asia Record dan ASEAN Record: Rekod Dunia Pesawat Terberat Ditarik oleh Telefon Pintar Boleh Lipat.
Bahan binaan gred aeroangkasa mengekalkan keseluruhan peranti ini luar biasa ringan.
Berat keseluruhan 219g, 8.75mm ketika dilipat, dan hanya 4mm nipis ketika dibuka, lebih nipis daripada kebanyakan telefon flagship tradisional, namun dibina untuk menangani daya tegangan melampau.
Dalam demonstrasi lanjut, Magic V6 digunakan untuk menyokong seorang dewasa melakukan pull-up, tanpa sebarang ubah bentuk atau kerosakan pada rangka.
Telefon yang boleh menanggung berat seorang manusia tanpa melengkung tidak perlu takut dihimpit dalam beg, dilipat dalam poket, atau terjatuh di atas konkrit.
Inilah yang dimaksudkan HONOR dengan ‘nipis, bukan lembut’, peranti ini setipis 4mm, namun cukup kuat untuk menampung seorang manusia.
Sementara itu, kelemahan skrin adalah punca kesakitan utama yang lain bagi telefon lipat, sama ada skrin luar yang mudah calar dalam kehidupan harian, atau skrin dalam yang haus akibat berpuluh ribu kitaran buka-tutup.
Cabaran menarik pesawat turut mendapat pengesahan rasmi di lokasi daripada Asia Record dan ASEAN Record: Rekod Dunia Pesawat Terberat Ditarik oleh TelefonPintar Boleh Lipat.Kedua-duanya secara sejarah telah membuatkan pengguna sentiasa berwaspada.
Skrin luar Magic V6 menggunakan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, dibina melalui susunan tepat 5,600 lapisan salutan silicon nitride.
Hasilnya telefon lipat ini mempunyai rintangan jatuh 10 kali lebih baik, rintangan calar 15 kali lebih kuat, rintangan lelasan tiga kali lebih tinggi, dan prestasi anti-silau tiga kali lebih baik.
Dengan kadar reflektans serendah 1.5 peratus, ia memastikan skrin tetap jelas dibaca walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Untuk menguji rintangan calar ini, HONOR menggesek mesin gerudi pada skrin luar dengan menggunakan mesin gerudi yang sama yang baru sahaja mengikis kertas pasir dan karat.
Hasilnya, skrin tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan.
Jika mesin gerudi pun tidak mampu menggoreskan peranti ini sudah semestinya kunci dan duit syiling anda sudah pasti tidak akan berjaya.
Pada skrin dalam pula, Magic V6 menampilkan HONOR Magic Diamond Screen terbaharu, dilengkapi dengan kaca fleksibel Ultra-Thin Glass (UTG) yang ultra-kuat.
Berbanding panel penutup plastik CPI konvensional, UTG memberikan lompatan generasi dalam kekerasan, kadar penghantaran cahaya, dan rintangan hentaman.
Digabungkan dengan struktur sokongan tepat engsel, skrin dalam telah mendapat Pensijilan Zero-Perception Crease daripada SGS.
Selain struktur dan skrin, telefon lipat mempunyai dua ancaman senyap iaitu air dan habuk.
Mekanisme lipatan secara semula jadinya mewujudkan jurang di seluruh peranti, dan jika jurang tersebut tidak dimeterai dengan betul, kelembapan dan zarah akan menyusup masuk, menyebabkan bunyi bising pada engsel, kabel fleks yang berkarat, malah litar pintas.
HONOR Magic V6 mencapai rintangan habuk dan air IP68 + IP69 yang terdepan dalam kategori telefon lipat, dinilai untuk rendaman pada kedalaman 1.5 meter, dan diperakui tahan semburan air suhu dan tekanan tinggi.
Sama ada anda terkena hujan, terciprat air semasa membasuh tangan, atau menggunakan telefon di bilik mandi atau dapur yang berkabus, Magic V6 mampu mengatasinya tanpa sebarang masalah.
HONOR Magic V6 juga diuji untuk menarik sebuah Supercar sejauh 30 meter.Dari celah engsel hingga setiap bukaan butang, setiap titik telah dimeterai dengan tepat untuk menghalang air dan habuk daripada masuk.
Sudah tentu, tiada telefon yang betul-betul boleh tahan sepenuhnya daripada kemalangan.
Itulah sebabnya HONOR menjami Magic V6 dengan pelan perkhidmatan terdepan dalam industri.
Peranti ini dilindungi dengan jaminan kualiti tanpa bimbang dua tahun serta perlindungan retak skrin luar dan dalam satu tahun yang meliputi kedua-dua skrin dalam dan luar.
Walaupun kejadian terburuk berlaku, pengguna tidak perlu berdepan dengan bil pembaikan yang mengejutkan.
Dengan jaminan ini kerisauan ‘bagaimana jika saya tidak mampu membaikinya’ sudah tidak lagi relevan.
Sementara itu, melalui siri cabaran ekstremnya, HONOR Magic V6 telah menghapuskan secara fizikal kebimbangan terakhir yang menyelubungi telefon lipat iaitu persepsi ‘terlalu berharga, terlalu mudah pecah’ yang selama ini menghalang kemajuan kategori ini.
Namun keyakinan HONOR bukan hanya datang daripada apa yang Magic V6 mampu lakukan hari ini.
Ia datang daripada kepercayaan pasaran yang telah dibina bertahun-tahun.
HONOR telah membina reputasi telefon lipatnya secara konsisten, generasi demi generasi, mendapat pujian berterusan atas kebolehpercayaan dan inovasi.
Menurut data pasaran terkini, satu daripada setiap tiga telefon lipat yang dijual adalah daripada HONOR.
Rekod prestasi itulah yang memberikan jenama ini kedudukan untuk meninggikan standard dengan Magic V6.
HONOR Magic V6 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 Jun ini.
Bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan telefon lipat paling kuat ini, HONOR telah membuka tempahan awal eksklusif bermula sekarang.
Tempah milik anda dengan hanya deposit RM300, dan tempahan yang berjaya akan menerima HONOR Magic Pen percuma bernilai RM499.

1 hour ago
2















































