PETALING JAYA – ‘Awak, hari ini dah masuk hari keempat awak tinggalkan saya dengan anak-anak.
Demikian luahan sedih seorang isteri di aplikasi Threads dikenali sebagai Nurbaizuraaaa selepas suaminya Muhammad Shafeeq Hashim meninggal dunia dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) minggu lalu.
Kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SPE) itu menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 30 meter ke bawah jambatan ketika sedang berteduh daripada hujan lebat di kawasan tersebut.
Selain mangsa dua lagi penunggang motosikal turut cedera dirempuh SUV jenis Proton X50 yang dipandu seorang wanita berusia 21 tahun selepas hilang kawalan lalu terbabas.
Menurut Norbaizuraaaa, dia sedikit kesal dengan kejadian yang menimpa suaminya itu.
“Macam mana saya nak hidup dengan anak-2 lepasni ? Allah Allah Allah, kenapa cepat sangat , kenapa tiba-tiba , kenapaaaa.
“Saya tak sempat jadi isteri yang baik untuk awak. Saya tak sempat nak buat awak rasa bahagia yang betul-betuk bahagia . Maafkan saya awak,”luahnya sedih
Pada hantaran Threads itu, Norbaizuraaaa turut berkongi gambar teakhir dia bersama arwah suami dan anak-anak mereka.
“Alfatihah suami syurga saya Muhammad Shafeeq Hashim (04121995 – 25062026),”tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna turut berkongsi kisah sedih itu dan mereka mendoakan agar keluar tersebut tabah dengan ujian tersebut.
“Salam takziah puan, semoga beroleh kemenangan dalam mahkamah ya. Semoga pemamdu yang cuai tu dikenakan hukuman setimpal,” komen Dr_liza_aesthetic.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kinnamissone.
“Salam takziah puan. Moga Allah satukan puan dan almarhum suami di syurga Firdaus, moga Allah angkat darjat puan di sisiNya,”doanya.-KOSMO! ONLINE

8 hours ago
6

















































