‘Gilalah, kalau mengata mereka tidak akan tidur sampai mati’

6 hours ago 5

PETALING JAYA – Pelakon dan pemyampai radio Sharifah Shahirah terkejut namun tidak terkesan melihat lambakan kecaman netizen terhadap kualiti nyanyian anaknya yang juga penyanyi Auddra atau Oddah.

Masih boleh melawak, wanita yang mesra disapa sebagai Shiera itu bertegas, tidak mudah ‘termakan’ dengan komen-komen sebegitu kerana menyifatkan individu yang suka melemparkan kata-kata negatif tidak akan pernah berhenti melakukan perbuatan mengeji selagi tidak dijemput ajal.

“Gilalah, kalau mengata mereka tidak akan tidur sampai mati.

“Saya suka melayan sebab mereka berani dan saya sendiri suka buat onar.

“Tak mengapa jika tidak ada orang nak ambil kamu Oddah, kita boleh jual roti bakar hitam,” katanya dalam akaun media sosial.

Lantaran itu, Shiera mula menyedari tindakan penyampai radio, Azad Jasmin yang bertelagah dengan netizen baru-baru ini adalah disebabkan komen melampau orang ramai terhadap anaknya, Amarra.

“Patutlah Pak Azad melenting, faham. Buatkan mental orang lain rosak.

“Manfaatlah kepada manusia lain, bukannya menyakitkan kepada orang lain,” katanya lagi.

Sementara itu, pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak yang turut menguruskan Oddah di bawah label SN Legacy Sdn. Bhd. turut meninggalkan komen dalam hantaran tersebut yang menyifatkan Oddah bijak dalam menyerlahkan kelebihan diri kepada umum.

“Oddah memiliki kelebihan, setiap artis ada pakej tertentu. Sepanjang menguruskan dia, selain mendapat perhatian pelbagai jenama dan undangan, Oddah tahu visi dia.

“Walaupun ada kelemahan di bahagian A, dia tahu bagaimana nak ‘tackle’ untuk serlahlan pula kelebihan lain.

“Paling penting, dia rajin berusaha dan tingkatkan diri. Bakat setiap orang tak sama, tapi masing-masing ada keistimewaan,” kongsinya.

Terdahulu, Shiera memuatnaik tangkap layar komen netizen yang menyifatkan vokal dimiliki Oddah tidak sesuai mendendangkan lagu bergenre balada.

Individu tersebut juga mendakwa Oddah diambil sebagai artis rakaman SN Legacy disebabkan ‘tiket’ segera iaitu merupakan anak angkat kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |