KUALA PERLIS – Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup 34 tong berisi petrol dan diesel bersubsidi menggunakan dua sampan kayu di sini semalam.
Dua sampan tersebut dikesan pada jarak 0.05 dan 0.07 batu nautika di selatan Pulau Ketam kira-kira pukul 6.45. 6.50 pagi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bot ronda APMM yang menjalankan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 menerima maklumat risikan sebelum mengesan dua sampan kayu tanpa nombor pendaftaran bersama enjin bergalah dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, dua suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak meloloskan diri namun berjaya dipintas bot APMM.
“Kedua-dua suspek itu bagaimanapun sempat melarikan diri di kawasan daratan berhampiran,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sampan tersebut yang dipercayai berpengkalan di Pulau Ketam ditinggalkan tanpa pemilik.
“Setelah diperiksa, kita menemui kira-kira 570 liter petrol di dalam 19 tong minyak dan 450 liter diesel di dalam 15 tong. Setiap tong dianggarkan mengandungi kira-kira 30 liter minyak,” katanya.
Beliau berkata, semua hasil rampasan yang dianggarkan bernilai lebih RM40,000 itu dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 (Pindaan 2021) dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki atau membawa keluar tanpa permit dan kebenaran pihak berkuasa,” ujarnya.
Tambahnya, rampasan tersebut membuktikan APMM, khususnya Zon Maritim Kuala Perlis sentiasa komited membanteras aktiviti penyeludupan bahan api bersubsidi yang menjejaskan hasil negara.
“Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
1






![[VIDEO] ‘Hanya Allah tahu perit ujian bayi yatim piatu Laylaa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.40.09-PM.jpeg)
![[VIDEO] Pajero ditemui, mangsa hanyut Sungai Klang masih hilang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.18.37-PM.jpeg)






![[VIDEO] ‘Baru masuk kandang, aktif sangat berlari-lari’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-10.35.34-AM.jpeg)


































