KUALA LUMPUR – Apa ‘peluru’ yang bakal dibawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membawa isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)?
Daripada apa yang dikemukakan oleh FAM sebelum ini, alasan kukuh untuk ‘berjuang’ di CAS seakan agak samar namun badan induk itu mungkin memiliki bukti lain untuk diketengahkan.
Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli berkata, dia tidak melihat alasan kukuh untuk membawa kes ini ke CAS.
“Saya tidak nampak apa bukti atau peluang yang FAM berulang kali menyebut di media. Berdasarkan daripada apa yang dikemukan oleh FAM pada peringkat pertama dan peringkat rayuan ini, saya tidak nampak alasan yang kukuh untuk dibawa ke CAS.
“Walau bagaimanapun, mungkin ada bukti ‘tersembunyi’ yang belum keluar sebelum ini yang membolehkan FAM menang di CAS. Namun, jika ada bukti sebegini, kenapa tidak keluarkan dari awal lagi dan hanya tunggu peringkat rayuan terakhir di CAS.
“Untuk memasukkan bukti baru, FAM perlu membuktikan bahawa bukti itu tiada dengan mereka pada peringkat awal atau tidak boleh dijumpai. Jika bukti itu sememangnya ada tetapi sengaja tidak dikongsikan, bukti baru itu tidak boleh dikemukakan di CAS,” katanya.
Semalam, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengemukakan laporan setebal 63 muka surat dimana Jawatankuasa Rayuan FIFA mendedahkan secara terperinci termasuk rekod temu bual bersama pemain terbabit sehingga membawa kepada keputusan menolak rayuan FAM.
Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengenakan hukuman denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FAM selepas didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Sementara itu, tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel digantung 12 bulan serta denda CHF2,000 (RM10,560). – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2



![[VIDEO] ‘Dulu nenek dukung saya, sekarang nenek dukung cicit’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/cucu-nenek-cicit.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kalau aku kerja sini, 8 pagi masuk, 8.01 pagi dekat bilik jenazah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/pekerja-ular.jpeg)

![[VIDEO] ‘Ni baju nikah arwah Najmi, kawan baik Aidil’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-2.33.18-PM.jpeg)








![[VIDEO] ‘Hanya Allah tahu perit ujian bayi yatim piatu Laylaa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.40.09-PM.jpeg)
![[VIDEO] Pajero ditemui, mangsa hanyut Sungai Klang masih hilang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.18.37-PM.jpeg)
































