PETALING JAYA – Kubah yang direka khas di pintu masuk utama Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal menutup tempoh pamerannya untuk orang ramai esok.
Menurut hantaran salah seorang petugas ASEAN di aplikasi Thread Fatin Nur, kubah tersebut akan dibuka kepada pengunjung sehingga pukul 6 petang sahaja.
“Hi semua! Terima kasih sudi hadir. Disebabkan sambutan yang menggalakkan. Kubah Asean Summit 2025 ini akan melabuhkan tirainya pada pukul 6 petang , 2 November (Ahad).
“Marilah datang melawat ikonik kubah Asean Summit 2025! Jumpa disini ya! Terima kasih Perdana Menteri,” kata petugas itu.
Difahamkan, kubah berkenaan pada asalnya dibuka kepada orang awam selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga hari ini setelah tamatnya ASEAN ke-47 pada Selasa lalu.
Bagaimanapun tempoh itu dilanjutkan sehingga esok susulan sambutan luar biasa dan permintaan tinggi daripada pengunjung.
Kubah berketinggian 10 meter dengan diameter 20 meter yang berteknologi tinggi itu dihiasi pelbagai flora dan fauna serta pancuran air, bagi menyambut kedatangan semua pemimpin dunia sepanjang sidang tersebut berlangsung.
Kubah tersebut juga menjadi ‘saksi’ pertemuan kali pertama apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 26 Oktober lalu.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati ramai pengunjung tidak melepaskan peluang merakam dan berkongsi gambar kenangan di dalam kubah berkenaan yang kini menjadi tumpuan orang ramai.
Ada juga yang memuji usaha dan kreativiti ‘tulang belakang’ di sebalik pembinaan kubah berkenaan yang disifatkan cukup unik dan memukau pandangan.
“Dah sampai sini semalam, terima kasih bagi peluang ni dekat kami. Merasalah juga walau bukan staf ASEAN,” komen Qistina.
“Siapa pun penganjur acara yang berjaya menyiapkan latar dan hiasan di bawah kubah ini, saya cuma nak cakap korang memang buat kerja yang hebat! Cantik gila!,” komen Teeya.
“Hadir dah semalam. Tak sangka sejuk betul kubah ni. Terbaik ‘team designer’ korang memang hebat,” komen Fauzan pula. – KOSMO! ONLINE

7 hours ago
4






![[VIDEO] ‘Macam mana jari kau boleh masuk situ kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-01-at-5.04.16-PM.jpeg)









![[VIDEO] ‘Adik tak sihat, dia nampak seperti suami dok panggil dan ejek’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Marliana.jpeg)
![[VIDEO] Selepas ‘pesta kerang’, kini siput beliung serbu Pantai Permatang Pasir](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/siput-beliung.jpeg)






























