PETALING JAYA – Pengeluar produk nutraseutikal terkemuka, DXN Holdings Bhd. (DXN) mengumumkan perkongsian dengan Selasih Aman Sdn. Bhd. (SASB), sebuah perusahaan penternakan ayam penelur untuk melancarkan Telur Lingzhi DXN.
Ditubuhkan pada 2005 dan diketuai oleh Tan Sri Razali Abdul Rahman, SASB merupakan syarikat milik penuh Bumiputera dengan hampir dua dekad pengalaman dalam penternakan ayam penelur khusus di Kalumpang, Selangor.
Hasil kerjasama berkenaan ialah makanan berfungsi unik yang menggabungkan kepakaran penyelidikan dan formulasi DXN dalam ganoderma (lingzhi) dengan operasi penternakan SASB.
Telur Lingzhi DXN dihasilkan daripada ayam penelur yang diberi diet formulasi khas diperkaya dengan ganoderma, yang terkenal dalam perubatan tradisional Cina selama lebih 2,000 tahun sebagai ‘Raja Herba’.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif DXN, Datuk Lim Siow Jin berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan SASB bagi membawa produk inovatif tersebut ke pasaran.
“Kerjasama ini menggabungkan kepakaran kami dalam penyelidikan dan formulasi nutraseutikal dengan operasi penternakan ayam penelur khusus SASB.
“Lebih daripada sekadar telur, produk ini merangkumi komitmen kami untuk menjadikan kesejahteraan mudah diakses, menawarkan cara mudah kepada keluarga untuk meningkatkan nutrisi harian mereka.
“Pelancaran ini merupakan bukti inovasi berterusan dan rantaian bekalan bersepadu vertikal kami, satu pendekatan yang memastikan kami dapat memberikan penawaran yang pelbagai dan berkualiti tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Melengkapi pelancaran Telur Lingzhi ialah pengenalan Biskut Mentega DXN baharu melalui kerjasama dengan Global Premium Resources Sdn. Bhd. (GPR)
GPR ialah pengeluar konfeksi Malaysia dengan kehadiran eksport yang kukuh di lebih 38 buah negara dan wilayah, termasuk Jepun, China, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat serta Asia Barat.
Turut diperkaya dengan ganoderma, Biskut Mentega DXN menggabungkan keenakan yang sihat dengan nutrisi berfungsi, mencerminkan komitmen DXN untuk mengintegrasikan kesejahteraan ke dalam makanan harian. – KOSMO! ONLINE

14 hours ago
6





![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dengan kami pun terikut baca doa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.00.29-PM.jpeg)










































