NOOR Aini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 6 Disember lalu. FOTO NOR SHAFAWATI YUP
- Oleh NOR SHAFAWATI YUP
- 19 Disember 2025, 3:46 pm
SEREMBAN – Seorang duda dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, awal bulan lalu.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhakn hukuman itu terhadap tertuduh, Noor Aini Ismail, 63, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling serta berada di bawah pengawasan polis selama setahun selepas dibebaskan kelak.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di garaj sebuah rumah di Taman Desa, Port Dickson pada 6 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

1 month ago
38






![[VIDEO] ‘Nasib tak kena lempang dengan bomba’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-19-at-10.52.09-AM.jpeg)










































