Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/-KOSMO!
- Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
- 22 Julai 2026, 3:05 pm
SEBERANG PERAI – Dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini atas pertuduhan menjual dan membeli minyak masak peket satu kilogram.
Tertuduh, Muhammad Anwar Karthiban, 30, didakwa menjual minyak masak berkenaan manakala warga Bangladesh, Md Roshidul Malitha, 44, pula didakwa membelinya.
Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara tentatif di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin warga tempatan serta mengarahkan mereka melapor diri di pejabat KPDN setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 21 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

2 months ago
87












![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)
























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








