Didakwa ‘pekak’, Fadhli bidas Bersatu

2 hours ago 3

PETALING JAYA – Hubungan antara dua parti utama Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari membidas kenyataan yang didakwa melabel pihak yang menyatakan Bersatu tiada jentera sebagai ‘pekak’.

Kenyataan tersebut merujuk kepda video ceramah yang tukar oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Melaka malam tadi yang didakwa melabel pihak yang mendakwa Bersatu tidak mempunyai jentera sebagai ‘pekak’.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, dia berkata, kenyataan sedemikian menunjukkan tiada lagi harapan untuk mewujudkan kerjasama politik yang harmoni pada masa hadapan.

Menurutnya, bukan satu kesalahan jika sesebuah parti kekurangan jentera, lebih-lebih lagi jika parti itu masih baharu, namun masalah timbul apabila kelemahan tersebut gagal diakui.

“Tiada masalah jika kekurangan jentera itu disusuli usaha pemantapan parti. Tetapi jika bertahun-tahun selepas pilihan raya hanya dipenuhi pertelagahan, itu bukan proses memperkukuh parti.

“Ia sekadar mempersiapkan penyokong peribadi untuk menjadi calon dan kemudiannya menunggang kekuatan parti kawan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan sesebuah parti bertanding lebih banyak kerusi berbanding rakan gabungan, namun gagal memperoleh kemenangan yang setimpal.

Katanya, keadaan tersebut berpunca daripada kajian dan bacaan politik yang tidak tepat terhadap kekuatan sebenar parti.

Fadhli turut melahirkan kebimbangan terhadap beberapa tindakan Bersatu kebelakangan ini termasuk melibatkan isu di Perlis dan Negeri Sembilan yang menurutnya menimbulkan persoalan mengenai hala tuju parti itu selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Secara peribadi saya cadangkan jalan terbaik ialah bergerak secara berasingan. Kita kekal berkawan, cuma bukan di pentas pilihan raya.

“Anda boleh mencari kawan politik yang lebih jelas pendengaran, lebih terang penglihatan dan lebih kuat deria bau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |