Didakwa ganggu teman wanita, tiga pelajar pukul remaja ditahan

6 hours ago 3
Tangkap layar insiden seorang pelajar lelaki dipukul di Flat Sri Nilam Ampang, semalam.
  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 25 Julai 2026, 6:46 pm

AMPANG JAYA – Gara-gara menganggu teman wanita salah seorang suspek dipercayai punca seorang pelajar lelaki dipukul dalam kejadian di kawasan tangga Flat Sri Nilam Ampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, kejadian tersebut dikesan menerusi hantaran video yang tular di Facebook hari ini.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 12.31 tengah hari semalam di mana mangsa dibawa ke kawasan bawah tangga sebelum dipukul oleh tiga pelajar lelaki.

“Suspek bertindak menampar muka serta menendang badan pengadu. Motif kejadian kerana menganggu teman wanita salah seorang suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, siasatan mendapati kejadian dirakam oleh seorang pelajar dan disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp.

Katanya, ketiga-tiga suspek berusia bawah 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah seksyen 147/507B Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |