SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis MDMA dengan penahanan tiga individu serta rampasan dadah bernilai lebih RM1.2 juta menerusi beberapa serbuan di sekitar Bukit Mertajam di sini, minggu ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 24 hingga 33 tahun ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri antara pukul 2 petang, 9 Jun hingga 10 pagi, 10 Jun lalu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di sebuah rumah di Bukit Mertajam membawa kepada penemuan sebanyak 302 paket plastik pelbagai warna mengandungi serbuk disyaki dadah jenis MDMA seberat 8,086.80 gram.
“Susulan daripada serbuan tersebut, pihak polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai rakan sejenayah yang berperanan sebagai ‘runner’ di kawasan yang sama.
“Hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah ini bergiat aktif sejak April tahun ini,” katanya di sini, hari ini.
Antara barangan yang dirampas dan disita dalam serbuan yang dijalankan di Bukit Mertajam, baru-baru ini.Tambahnya, ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis ketamin, manakala semakan rekod lampau pula mendapati suspek pertama dan ketiga mempunyai rekod kesalahan jenayah serta dadah.
Azizee berkata, polis turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset bernilai RM215,783.20.
“Antara harta yang disita ialah dua buah kereta jenis Honda City dan Kia K2, 30 barang kemas, dua beg tangan berjenama serta wang tunai. Nilai rampasan dadah adalah RM1,211,000, manakala nilai sitaan harta RM215,783.20, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan sebanyak RM1,426,783.20,” katanya. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2















![[VIDEO] Cemas zink melayang dalam pusaran angin](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/usaran-angin.jpeg)






























