PETALING JAYA – Seorang wanita bernasib baik apabila kenderaannya tidak dilarikan selepas seharian tertinggal kunci pada pintu kereta.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Nimsneun, kejadian itu disedarinya selepas tamat waktu bekerja pada pukul 5 petang.
Pada mulanya, wanita itu panik selepas mendapati kunci kenderaan tiada di dalam beg sewaktu berjalan menuju ke arah keretanya.
“Aku tercari-cari kat mana letak kunci kereta masa berjalan ke (arah) kereta. Dah cuak sebab tak jumpa. Bila sampai dekat kereta, rupa-rupanya ada kat situ.
“Ya Allah, kunci kereta tersangkut (tertinggal) dekat pintu kereta dari pukul 8 pagi sampai 5 petang,” kongsinya.
Menerusi gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan kunci tersebut masih melekat pada slot kunci pemegang pintu luar kereta berkenaan yang diletakkan di kawasan parkir.
Wanita itu turut meluahkan rasa syukur kerana kenderaannya itu tidak dilarikan oleh individu tidak bertanggungjawab sepanjang tempoh sembilan jam tersebut.
“Syukur ya Allah, orang (pencuri) sebenarnya boleh sahaja pandu dan bawa lari kereta,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna menganggap wanita itu sangat bertuah kerana keretanya selamat daripada sasaran jenayah kecurian selain ada yang turut berkongsi pengalaman sama disebabkan masalah pelupa.
“Sangat menakutkan. Saya doakan awak tak lupa lagi benda macam ini,” kata Ackerch._.
“Cuainya. Sebelum keluar kereta biasakan diri untuk check (periksa) semua masukkan dalam beg ya,” kata Meunji_269 pula.
“Situasi kita hampir sama. Saya tidak kunci dan tutup pintu masa pergi klinik untuk pemeriksaan anak. Terkangkang (terbuka) pintu rumah. Balik (dari klinik) seram sejuk takut ada perompak di siang hari, rupanya diri sendiri yang pelupa,” kongsi Shydazlan. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
4
















![[VIDEO] ‘Kejadian sekelip mata, saya dilambung dua kali’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-29-at-2.14.05-PM.jpeg)






























