Commerce. Asia sokong lebih 11,000 peniaga di rantau Asia Tenggara

16 hours ago 5

KUALA LUMPUR – Commerce. Asia telah menyokong lebih daripada 11,000 aktif peniaga di seluruh rantau Asia Tenggara dan untuk tahun lepas sahaja, jenama di bawah ekosistem syarikat tersebut telah mencatat jualan sehingga AS$3.5 bilion (RM14.3 bilion).

Penjualan tersebut adalah melalui platform e-dagang, pengedaran dan juga fintech.

Pengerusi Eksekutif Commerce. Asia, Ganesh Kumar Bangah berkata, dengan pertumbuhan menarik dalam ekonomi pencipta kandungan, syarikat kini menggunakan infrastruktur sedia ada yang terbina kukuh untuk memberi peluang kepada jenama pembangun kandungan yang lain.

“Sebagai contoh produk Numinara yang kami perkenalkan kini adalah salah satu inisiatif terbaik kami untuk mengangkat jenama itu mendapat tempat dalam kalangan pelanggan dengan sebaiknya.

“Produk Numinara telah mencatat jualan sehingga RM1 juta dalam tempoh enam bulan, ia menunjukan prestasi yang mengalakkan bagi jenama yang diterajui pencipta kandungan dengan memperoleh sokongan daripada pelaksana yang komited, infrastruktur  operasi dan keupayaan e-dagang daripada hujung ke hujung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Numinara yang diturut dihadiri selebriti Diana Danielle di sini baru-baru ini.

Ganesh menjelaskan, Commerce. Asia yang telah ditubuhkan pada tahun 2017 itu telah membuat persediaan untuk berdepan dengan ledakan permintaan tinggi daripada platform media sosial seperti TikTok Shop yang boleh mendedahkan kepada jurang dalam perancangan inventori, pengurusan modal dan pengoperasian dan sering menukar daripada momentum awal kepada risiko pelaksanaan.

“Sejak lapan tahun lalu, kami telah berjaya membantu jenama milik korporat yang lain meningkatkan daya saing perniagaan e-dagang masing-masing daripada nilai serendah RM50,000 sebulan naik kepada nilai jutaan ringgit dalam jualan bulanan masing-masing.

“Setiap pemain itu perlu melabur sejumlah wang yang besar untuk segmen infrastruktur, logistik, teknologi dan kakitangan sepanjang perjalanan  pengoperasian mereka,” jelas beliau.

Numinara adalah jenama produk penjagaan kecantikan yang diformulasikan dan diinspirasikan oleh manfaat kecantikan Asia secara tradisional.

Produk tersebut dihasilkan daripada bahan semula jadi yang direka khusus untuk membantu mengimbangkan kulit wajah secara semula jadi tanpa diolah dengan bahan kimia. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |