PETALING JAYA – Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, pelakon Nora Danish menarik perhatian apabila menegaskan betapa pentingnya pemilihan pasangan hidup dan lingkungan persahabatan seiring nilai, akhlak dan tujuan sama dalam usaha memperbaiki diri ke arah kebaikan agar kehidupan lebih sejahtera.
Ujar Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, seseorang perlu bijak menilai siapa berada di sisi kerana pengaruh persekitaran mampu mencorak pemikiran, tindakan dan haluan hidup.
“Carilah pasangan hidup dan sahabat yang sama-sama menegur untuk menjadi lebih baik, bukan sama naik atau menjadikan kita lebih kufur.
“Belajar untuk berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan,” katanya dalam Threads.
Bintang filem Sayu Yang Syukur itu juga turut mengajak orang ramai mengubah perspektif dalam menilai sesuatu isu, selain mengamalkan sikap berlapang dada dan bersangka baik demi ketenangan jiwa.
“Tidak salah untuk husnuzon. Kadangkala ‘lensa’ perlu ditukar, cara kita melihat sesuatu perkara menentukan ketenangan hati.
“Pandang dengan mata hati, insya-Allah jiwa menjadi lebih tenang. Ini juga peringatan buat diri sendiri,” ujarnya.
Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada rata-rata netizen yang menyifatkan nasihat ibu satu anak itu sebagai matang, menyentuh realiti kehidupan serta wajar dijadikan pedoman, khususnya buat mereka melalui fasa pencarian diri.
“Betul kata Nora, kawan dan pasangan mencerminkan diri kita. Bila dikelilingi orang baik, kita pun terdorong jadi lebih baik,” tulis netizen.
“Kawan dan pasangan sangat mempengaruhi arah hidup kita. Nasihat ringkas tapi mendalam. Kadang-kadang kita lupa untuk husnuzon,” komen seorang pengguna media sosial
Namun, terdapat juga segelintir netizen berpandangan setiap individu tetap perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pilihan hidup sendiri tanpa meletakkan kesalahan kepada orang sekeliling.
Untuk rekod, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl, 7.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan bercerai dua tahun kemudian. Perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
7



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































