Gambar hiasan
- Oleh KOSMO!
- 11 Februari 2026, 11:46 am
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memaklumkan had 300 liter sebulan untuk program penyasaran subsidi di bawah Budi Madani RON95 (Budi95) dilihat mencukupi untuk kegunaan biasa.
Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdasarkan data penggunaan, ia menunjukkan purata kegunaan penerima subsidi berkenaan adalah sekitar 100 liter sebulan.
Malah katanya, hampir 90 peratus pengguna tidak mengguna lebih daripada 200 liter sebulan.
“Had 300 liter sebulan untuk RON95 bersubsidi juga dilihat mencukupi untuk kegunaan biasa berdasarkan data penggunaan yang menunjukkan purata kegunaan sekitar 100 liter sebulan.
“90 peratus pengguna tidak menggunapun lebih daripada 200 liter sebulan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lin (PH-Bukit Bintang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan Budi95 sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026 serta bagaimana penjimatan tersebut dimanfaatkan. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
5

















![[VIDEO] Penangan Sara…habis licin sosej, nuget](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/SARA-BELANJA-TULAR-VIRAL.jpeg)
![[VIDEO] ‘Minggu depan sayur, ikan tak ada, kasi settle minggu ini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/TULAR-VIRAL-IKAN-PASAR.jpeg)






























