Bimbang ditimpa musibah, pemancing lepaskan ikan emas

3 hours ago 4
https://www.kosmo.com.my/2026/02/06/youtuber-3-isteri-kini-melarat-tinggal-dalam-kereta/
  • Oleh KOSMO
  • 6 Februari 2026, 6:50 pm

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan seorang pemancing melepaskan seekor ikan emas ke dalam sungai di Indonesia bimbang dirinya ditimpa perkara tidak diingini, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform TikTok menunjukkan lelaki terbabit melepaskan semula ikan emas yang ditangkap secara tidak sengaja. 

Selain bimbang dirinya ditimpa perkara tidak diingini, ikan itu dilepaskan kerana saiznya yang besar dan menyangka ikan tersebut leluhur. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ikan itu kalau dimasak dan ditanam boleh tumbuh pokok?” kata seorang netizen. 

“Ini semua mitos,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |