Berpuluh-puluh orang solat Jumaat hilang kasut, selipar

4 hours ago 3
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah lelaki mencari selipar serta kasut mereka yang hilang di masjid. - TikTok
  • Oleh KOSMO
  • 30 Mei 2026, 7:30 pm

JAKARTA – Berpuluh-puluh jemaah lelaki terpaksa berkaki ayam apabila kasut serta selipar mereka hilang selepas menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Jakarta, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform Threads oleh akaun @ thomasputraalf menunjukkan sejumlah lelaki sedang sibuk mencari selipar serta kasut mereka di halaman masjid.

Susulan kehilangan itu, mereka terpaksa berkaki ayam untuk pulang dari masjid.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Jika sebanyak itu jumlah kasut yang hilang, mereka perlu memeriksa CCTV!” kata seorang netizen. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |